Pages

Sunday, April 15, 2007

Skim cepat kaya Internet

Kenapa la orang kita nie suka sangat terpedaya dengan skim cepat kaya nie? Baru-baru nie Majlis Fatwa telah pun mengharamkan skim-skim seumpama ini kerana unsur-unsur riba dan gharar. Betul pun. Logiknya, takkan la senang senang duit nak "beranak" macam tuh. Masuk bulan nie USD 1000, dalam masa 3 bulan dah dapat untung. Pelik la... yang masuk tuh plak, bukanla org2 yang tak sekolah, tapi orang yang berpendidikan tinggi dan ramai juga golongan profesional. Nak cepat sangat kaya la tuh. Macam judi laa...
Takkan la tak ingat skim Pak Man Telo dulu? Dah jenuh kita didik kata benda-benda macam tuh tak betul dan takkan tahan lama, masih nak buat. Tapi, saya ada cerita pasal skim mcm nie about 7-8 years ago. Namanya SkyBiz. Tak tahu la anda pernah dengar atau tak. Saya tahu skim nie sebab abang saya, secara tak semena-mena menerima cek-cek dari USA yang bermacam-macam nilainya. Mulanya, nilai adalah kecil, tak sampai RM 100. Dan pada mulanya dia tak perasan pun kertas tuh adalah cek. Saya kata, itu memang cek yang sah dan minta dia bawa ke bank untuk cuba tunaikan.
Terkejut besar abang saya kerana cek tersebut laku!! Pada masa yang sama, lebih banyak cek-cek yang kami terima dan nilainya mencecah puluhan ribu ringgit. Begitulah rezeki abang saya bila dilimpahi cek-cek ini. Dia sendiri tak pasti macam mana namanya boleh ada dalam sistem. Kami trace website SkyBiz dan ternyata ia adalah seumpama multilevel marketing yang mempunyai sistem left and right arms. Patutla duit yang diterimanya banyak, kerana ramai yang berada di bawahnya.
Pelaburannya mudah, kononnya beli website nilai USD100 dan marketkan site itu. Itu ajer... atas angin punya bisness. Saya dan bapa teruja dengan sistem itu lalu mencuba. Mana tahu, boleh dapat cek banyak lagi kot??? Bayar USD 100. Tapi, tak lama lepas tuh, SkyBiz telah diharamkan even di USA kerana sistem yang dianggap ada unsur tipu. Org yang pioneer adalah yang paling beruntung, contohnya abang saya (walaupun dia sendiri tidak mendaftar - ada org lain yg daftarkan agaknya!). Sejak kejadian itu, serik saya nak masuk skim2 macam nie. Sedangkan skim2 mcm Shaklee, Cosway, Amway, Zhulian pun saya malas. Ramai yang memujuk. Alasan saya senang - saya malas nak buat semua tuh!!
Moralnya, kalau nak kaya kena usaha. Takde yang datang bergolek kecuali jika anda bertuah. Itupun kita tak tahu, mungkin Allah nak menduga kita. Mcm abang saya, masa dia terima duit tuh, umpama rezeki terpijak sebab masa tuh dia sedang in between jobs after taking VSS from Esso before joining Petronas. Itupun, hatinya murah, banyak disedekah kepada orang2 yang memerlukan. Sehingga kini, rezekinya sendiri tak pernah putus. Dan pada dia jugalah tempat saya meminjam jika duit adalah satu masalah!! Tak nak pinjam dari along!! Nanti kena kerat tangan!!! hehehehe

No comments: