Pages

Thursday, April 11, 2013

One more week to go

Hi

I have been busier than usual for the past week. And the pressure is on the rise. Maunya tak.. tinggal seminggu jer lagi before my big day. And unfortunately, there are several issues that arise lately. :(

Last weekend, aku balik kampung dengan abang, kak su and uzair comel. Nak menghantar barang-barang dan jugak kemaskan rumah apa yang patut. We went back on Saturday morning and reached Teluk Intan around 2 pm. Along the way tu, kami singgah di rumah Chu di Bidor. Saja nak jumpa dan personally invite him and the family to the kenduri. Sampai dirumah, tengok Abah tak ada. Rupanya depa ke KL untuk AGM Bank Rakyat dan masa tu dah on the way balik ke Perak. So, sampai ajer kat rumah, tengok bilik lintang pukang sebab dok pasang a few things and alih perabot. So, lepas rest for 5 minutes, terus kemas bilik. Pasang langsir, ganti cadar, vacuum and wipe all furnitures.

Penat memang la penat tapi kenala kerja sikit kan. Alhamdulillah, we managed to clear up many things and the whole house. Petang tu, pegi pasar malam dan gerai kuih kg bahagia. Sangat la bahagianya dapat makan food dari tempat sendiri. Malam tu pulak, lepas solat, terus bungkus tuala untuk petugas majlis nanti. Sambil membungkus, kami ada seorang assistant tecik yang sangat la comel. Asyik dok kacau chu na and ayah dia nak buat keje.

Malam tu, I got to know that Pakcik Tukang Kebun nak balik Ipoh and esok nak datang Teluk Intan. Mmm... langsung tak plan pun. Katanya nak bagi balance barang hantaran. So, malam tu dah berangan-angan nak dating ngan dia.. hahahaha.. kome ni.. kasi chance la woiii...

Pagi esoknya, pegi breakfast dengan Kak Mah disertai PTK. Ingat nak breakfast kat Nikmat tapi belum bukak so we headed to Ghulam Rasul. Had roti telur and apam manis kat situ. Borak punya borak, we split after that. PTK bawak myself to his parents house. Saja singgah kejap. First time kau!! Nervous makcik dibuatnya. Tak caya, gi tanya PTK!

Then lepas minum and borak jap, PTK send me back. Singgah plak kat Bandar Baru nak arrange for tepak punya hiasan dan hand bouquet. So, dah siap bayar semua, Jumaat minggu depan just pick up ajer.

Balik rumah, PTK pun singgah kejap coz abah pun ada before dia nak ke majlis org kawin. Minum lagi teh secawan. :)

Tengahari tu, siap barang-barang sikit, dan terus siap balik Puchong. On the way, kami singgah di Sg Klah, rumah Mak Chu Maimun, for the same reason nak jemput personally. Dah lama juga tak ke sana dan sangat rindukan suasana rumahnya tu. Rumah Achik di Sungkai tu kami pegi juga tapi sebab dia kerja, so tak de la singgah.

Sampai Puchong dan almost Maghrib. Penat jangan cakap la.. walaupun tak drive, tapi sebab trip short sgt sampaikan tak sempat sangat nak rehat.

So, sedar tak sedar, tinggal lagi seminggu untuk bergelar orang bujang. Insya Allah, termakbul hajat untuk hidup berkeluarga. Apa apa pun, doakan yang terbaik utk makcik serta doakan agar perjalanan majlis yang akan berlangsung minggu depan semuanya lancar.

Okla.. makcik ni nak sambung marking quiz dan assignment sebab nak return pada student by tomorrow. Pas tu, ada dua bundle exam papers belum settle. Takpe.. tu boleh buat on Saturday. Till the next time, bye. Wassalam.

Signing off,
Makcik Kantin yang juling biji mata membaca jawapan students!!




No comments: