Pages

Wednesday, February 27, 2013

Talk on Blended Learning


Topik ni macam boring tapi bagi warga pendidik macam aku ni, kenalah alert tentang perkembangan terkini dalam teknologi pendidikan. Selama ini, kalau kita belajar, tak kiralah sekolah rendah, menengah, kolej dan universiti, kalau dah namanya kuliah atau kelas, kena la datang physically ke bilik kuliah. Tetapi sekarang dengan adanya teknologi internet yang serba canggih ni, kita dah boleh virtual classes sahaja. Kalau di oversea, sometimes virtual classes ni memang tidak melibatkan physical meetings with the instructor. Masa exam, yes. Kalau kat my university, so far kita dah introduce blended learning ni dalam our e-PJJ module dan PLK. These are the part time students. Tapi masih ada physical face to face classes dalam semester. 

Starting June 2013, some of our full time courses will be conducted using this blended learning concept. Ianya akan mengurangkan contact hours between students and lecturer face to face tapi we are able to communicate at any time we wish. Just log on to the virtual class system and you can post anything that you like. Macam aku, dah bertahun aku buat epjj courses so benda tak de masalah. Tapi some of the senior lecturers are quite reluctant. Mungkin dioorg tak rasa confident nak guna computer and internet as a means of communication. Well, bukan la kita tak jumpa student langsung tapi ianya dikurangkan. It is good since jumlah students makin bertambah tapi class rooms banyak tu jugak... so kalau pakai blended learning, kurangla sikit problem dengan classrooms ni. lagipun it is very flexible. Katalah kena outstation pun, you can still reach your students. Cuma, attitude students pun kena diubah. They would have to be more proactive. Jangan la nak harapkan semua dari lecturer sahaja.

I am very interested with this idea sebab pada aku it is quite convenient and also save cost. Tapi terpulanglah pada creativity masing masing macam mana nak develop content yang interesting but at the same time deliver your materials.


Tuesday, February 26, 2013

Make - Over with Dior..

Assalamualaikum and good morning all..

Hmmm.... dah berapa hari dah tak berblog.. since last Friday memang jadual agak penuh so tak teringat nak update blog. Meh Makcik Kantin nak cerita sikit apa-apa yang berlaku since the last time I posted an entry.

Friday
Working as usual but came home slightly early because I was expecting my sister and her kids to come over to my place for the weekend. So, kena buat sikit marketing nak masak for dinner that night. I went to Tesco to buy some groceries and bila balik terus prepare nak masak. Masak dinner yang simple ajer - kerisi goreng, grilled chicken thigh, sup sayur and telur dadar. Once Yang and the kids arrived ajer, terus makan. Patutnya my brother joined us but tak jadi plak...

Saturday
Pagi lagi dah buat breakfast kat rumah ajer. Nasi goreng, cream of vegetable soup (from last nite's vege soup) and coco crunch for the kids. Berselera makan ramai ramai and sangat lah jimat nya. Nyah plak datang later bawak roti canai plak. Patutnya we were supposed to go to Nilai, joining Abah dan Nyah utk beli bekas bunga telur di sana. But since Yang has to go back the same night, so I decide not to go to Nilai but pegi ke MidValley utk shopping sikit.

Di Midvalley, my intention was to buy skincare and makeup sets for my hantaran. Dalam kepala ada dua choice saja.. Dior or MAC. But I decided to go and try Dior because I love its lipstick and the eye shadow collection. Colors are vibrant. So, when I went to the counter, I was greeted by this skin consultant (too bad I can't remember her name). She actually understood what I wanted and started this little make-over on my self. She used all the skincare product and make ups and transform my look from pale and dull look to something very fresh and nice. Love it so much! Gambar ada tapi now takleh nak upload now sebab belum transfer dari handphone lagi... nanti Makcik kantin update kay... :) Pakcik Tukang Kebun kata muka aku macam doll pun ada... hahaha... kelakar sungguh.... 

So, lama jugak la aku ngan my sis and the kids spent our day kat MV. Lunch at Manhattan Fish Market and lepas tu gerak pulak ke Bukit Raja sebab nak ambil supplement utk Yang and myself. Balik rumah pun dah lewat petang and lepas mandi-mandi semua, barula dapat rest. Senja tu Abah dan makcik datang ke rumah. Too bad, Yang kena balik pulak malam tu. So, we split masa nak pergi dinner. Yang dinner ngan Abang di Tesco Bukit Puchong. Abah, makcik, nyah dan kak laila with myself dinner di Seoul Garden IOI Mall. Kenyang jugak makan buffet nya and balik dalam keadaan kekenyangan.

Sunday
Pagi-pagi dah pergi ke Pasar Tani Shah Alam dengan abah dan makcik. Plannya nak cari telekung buat hantaran. Found the one that I like so much. Cotton telekung with heavy embroidery warna lavender. Got it for a good bargain - RM100. Dah selesai membeli, abah pun balik terus ke Perak and I went back to Puchong. Singgah plak ke Giant beli something. Balik rumah, I just spend my day at home doing nothing. Penat woii.... 

Monday
Semalam aku cuti... nak uruskan a few more things. Petang semalam dapat la pergi ke pasar malam yang dah berminggu plan nak pergi. Tercapai hajat nak minum air kedondong asam boi, beli soto dan murtabak sekeping. That was my dinner last nite. Actually, 2-3 hari ni kurang selera makan. Sampaikan pagi semalam sakit kepala... masuk angin la tu... 

So itu lah serba sedikit update my activities during the weekend. Busy jugak... tapi walau apa pun, aku kena buat benda2 ni dalam keadaan yang tenang dan tak tergesa-gesa. Satunya, aku risau lasak sangat nanti sakit balik. Dua, kalau boleh aku taknak ada yang tercicir last minit nanti. So, plan kena cantik and buat satu persatu..

Okla.. makcik penat la menaip... nanti sambung lagi ...

Signing off
Makcik Kantin yang happy sangat dapat di makeover oleh Dior's Beauty Consultant.. :)



Friday, February 22, 2013

Last day of the week

Muaah.. muaaahh....

Happy sangat sebab hari ni dah Friday. Last day of work for the week and also last Friday for the month of February. Huh.. dah menghadap ke bulan March dah kita ye. 

My sister and the two kenits are planning to come over to my place this evening. She already applied for leave dah pun. Lagi ganas. Aku cadang nak cuti next Monday sebab ada a few things yang aku kena settle sebelum classes start on 4th March. Kalau classes dah ada, susah sikit nak take leave and to go out during break. Mesti dah sibuk.

Plan nya, this saturday nak ke Nilai. Kalau dah ke Nilai, mesti la mencari barang barang utk April event tu kan. Ada a few things yang nak dicari di Nilai. Contohnya, bekas bunga telur, bunga pahar and a few perhiasan hantaran. Actually, memula, aku ingat nak tempah ajer barang-barang hantaran tu, tp macam membazir la plak. In fact, before this pun aku dah pernah buat kan utk orang lain and why not aku buat untuk diri aku sendiri juga. So, idea tu dah ada walaupun details nyer belum lagi. Insya Allah, aku akan usahakan sendiri juga. baru lah puas hati dan poket pun takla rabak jadinya. On top of that, aku plan nak beli sedikit goodie bags utk org yang datang akad nikah and some metal case utk isi goodies for the meja makan pengantin. So, nak gi survey2.. kalau berkenan, beli ajer la terus...

And since my sister and kenits datang, teringin nak buat makan-makan di rumah. Tengok la.. kalau sempat akan dibuat. Tapi kalau dah nak ke Nilai takut2 balik dah flat takleh nak buat apa... 

okla Labu (kakak aku suka ckp macam ni bila dia nak end our phone conversation...).. makcik kantin nak buat keje dulu... pas tu baru leh berangan nak beli apa esok...

signing off,
Makcik Kantin

Thursday, February 21, 2013

Dah Khamis?

Sedar-sedar dah hari Khamis 21 Februari 2013. Masa berlalu begitu pantas. Adakalanya memang aku cukup suka masa ni cepat berlalu supaya cepat sikit hajat aku tercapai. Tapi bila mengenangkan ada banyak urusan yang belum selesai, risau campur gelabah biawak la plak. Aku nekad, this coming 2 - 3 weeks ni aku nak cuba settlekan apa yang patut. Tak mau tunggu last minute sangat. Tinggal 57 hari ajer ni. Owh tidak.... Makcik Kantin plak dok berangan nak buat macam-macam. Makin dekat tarikh makin banyak plak idea yang datang. Ok makcik... list kamu tu mana? Bawak keluar la dari S Planner tu.... haha

Hari ni aku sampai ofis agak lewat sikit dari biasa tp still before 8 am. Terserempak lagi dengan a few of my colleagues yang bertanya kabar pasal aku. Iyer laa.. lama depa tak nampak aku kan.. terima kasih la pada yang sudi bertanya kabar dan yang mengatakan aku slim sikit dari dulu.. (padahal aku tembam mcm biasa ajer... )

Semalam, ex-colleague Pakcik Tukang Kebun semasa di Freescale telah meninggal dunia akibat accident dilanggar lari. Arwah naik motor dan dilanggar oleh dua kenderaan (dengarnya la) di kawasan berhampiran Citta Mall sewaktu arwah nak pergi kerja. Walau pun aku tak kenal Arwah, tapi aku turut diselubungi kesedihan mengenangkan pemergian seseorang dalam keadaan yang begitu mengejutkan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan tempatkan Arwah dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah untuk Arwah.

Dan baru-baru ni, dapat tahu kawan my sister masa kat Perlis dulu ada brain tumor. Masha Allah... didoakan supaya Kak Intan Marzita dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini. 




Wednesday, February 20, 2013

Ola!! Missed me??

Hi...

Dah lama jugak Makcik Kantin tak menulis dalam blog ni. Ada ke yang merindui catatan gila-gila makcik kantin ni ha??? Hehehe...Kalau tak salah, the last entry was on Thursday last week. That makes it a week in total. Fuhhh... macam-macam yang berlaku menyebabkan Makcik Kantin tidak berblog dalam tempoh seminggu tu.

Meh nak cerita sikit... al-kisahnya begini. Masa hari Khamis tu, Makcik Kantin dapat tahu yg my sister masuk ward kat Seremban pada rabu malam. Her blood pressure was a bit high. Jadi, jirannya yang juga seorang doctor telah suggest untuk dia masuk hospital just for observation. Pagi Khamis tu baru Makcik Kantin tahu sebab I was expecting her to come for a talk and to pick up something from me. So, being a nice sister (chehhh... puji la diri sendiri kan...) aku pun decide nak gi visit dia petang tu. 

Petang tu aku keluar awal sikit and terus ke Seremban. Hujan plak lebat kat highway, so aku bawak slow slow jer. Sampai sana around 4.45 macam tu. Jumpa my sister dalam kul 5.15. Dipendekkan cerita, husband nya kena keje and will only coming back on saturday morning. Aku pun serba salah. Takkan nak tinggalkan dia dengan anak-anak ajer. Coz masa discharge tu blood pressure was still not stable. So aku decide utk stay with her that nite and just take an EL the next day. Dah la takde bawak baju apa pun.. Malam tu aku pinjam ajer baju kaftan kakak aku and esoknya aku akan balik Puchong kejap utk take my stuff.

The next day tu, aku balik Puchong and return to Seremban in the evening. Nampak macam my sister dah ok sikit.. maybe the medication dah takes effect. At least tak lah aku risau. That night, my brother came to visit with Kak Sue and Uzair. Datang pun dah a bit late. So kami hanya lepak-lepak depan TV atas tilam yang dah siap dibentang. Diorang balik pun dah almost midnite.

The next day, I went back to Puchong after having lunch with my sister, brother in law and Ridhuan. At least, since the husband is around, I am not too worry about her anymore.

Balik on Saturday, tak buat apa pun. Lepak kat rumah. Nak gi mana pun tak nak. The next day tu, aku ada appointment dengan chiropractor at Damansara Perdana. After that had lunch at Fendi Ikan Bakar at Kelana Jaya. Tempat ni Pakcik Tukang Kebun yang introduce kat aku. Not bad at all... Balik rumah, lepak lepak ajer... baju pun malas nak lipat atau gosok...

Monday plak - 18th Feb - aku ada doctor's appointment and lepas tu physiotherapy. So far doctor pun try to avoid any surgery on me unless there is no other choice. Aku dah nekad, kalau aku nak buat surgery, aku akan buat di Putrajaya. Insya Allah, I will be in good hands. Procedure aku tu diberi nama MAS TLIF. Takde bedah toreh2 besar... hanya dua lubang sebesar 50 sen.. Harapnya aku tak perlu buat dalam masa 10 - 15 tahun ni. Tapi kalau dah melibatkan saraf, apa boleh buat.. aku terpaksa buat sebelum saraf rosak pulak...

Mmmm.. banyak gak citer ni.. nanti sambung lagi...

Sehingga berjumpa lagi...

Signing off,
Makcik Kantin




Thursday, February 14, 2013

Lambat bangun dan kisah lesen memandu

Aku terbangun lewat pagi ni... dok elok elok alarm berbunyi 5.40, aku pergi snooze kan dia.. haahh... terus terlelap sampai 6.20. Apa lagi, macam lipas kudung la aku bangun, mandi, solat dan bersiap. Nasib baik baju dan tudung semua dah siap standby. So tak la lambat. Dek kerana pagi ni lambat, aku tak dan la nak prepare any breakfast for myself. Bawak air kosong jer.. nak dijadikan cerita, pakcik tukang kebun pun bangun lewat. Dia lagi hebat.. 6.40 baru tersedar.. Kami ni sehati sejiwa sungguh... dua dua bangun lambat pada hari yang sama :). Dia tak apa... kilang ngan rumah dekat sangat. Macam aku... 45 minit baru sampai ok. Itupun nasib baik hari ni sebab sekolah masih cuti kebanyakkan nya. So, jam tak ada.

Haaa... al kisah lesen memandu aku. Actually dah tamat tempoh on 11 February 2013. Last aku renew 5 years back. Itu pun pakai MyEG. Lesen aku ni dah masuk dalam MyKad. Konon nya nak senang. Aku masukkan dlm mykad masa aku buat baru lepas kena samun dulu.. tak ingat la tahun bila.. dalam 2005 - 2006 kot. Tapi sepanjang aku ada lesen dalam MyKad ni, banyak masalah yang timbul. Aku pernah dilanggar orang 3 kali (2 kali keta si blackie dan sekali civic abang aku). Dalam dua kes, aku report polis. Satu settle luar. Bila melibatkan report polis kena gi balai la kan. So depa kat balai ni takde card reader (minta maaf cakap laa... kalau hangpa boleh beli kereta peronda dan motosikal peronda canggih manggih, takkan la card reader seketul tu takleh invest???) So, hassles giler kena gi print out kat JPJ and baru bawak semula ke balai. Tak ke kes naya tu? Dah ler kena langgar, kena pulak ke sana sini. I thought that having my license in my MyKad would make things easy but on the contrary. 

Jadi aku nekad nak keluarkan lesen dari MyKad. Atas advice seorang kawan, aku gi renew semalam kat JPN Plaza Masalam, Seksyen 9 Shah Alam. Masa aku sampai, aku tengok punya la ramai orang, tapi nasib baik utk renew license ni depa bagi nombor khas. So tak la lama aku tunggu. Tapi yang aku bengkak hati tu, aku tanya la mcm mana kalau saya nak keluar kan lesen ni, petugas kaunter tu siap kata... eh.. apsal puan nak keluarkan plak.. org lain sibuk nak masukkan... aku pun cerita la masalah aku.. pagi tu aku gi pos opis utk renew and depa tak boleh buat sebab depa takdak card reader and again nak yg print out tu... so, mmg hassle sangat....

Masa kat kaunter, tunggu plak dekat 15 minit sebab JPJ Online System buat hal plak... mmm.. sabor je le... aku plak berdoa supaya boleh settle by yesterday and tak perlu nak gi JPJ plak... Alhamdulillah, lepas tunggu tu, boleh renew dah...

Moral of the story, hangpa yang baca post ni takyah la nak gi combine lesen dalam mykad. Buat susah korang jer... Keep it separately. Lagipun, kalau perlu tinggalkan ID kat mana mana building boleh tinggalkan lesen instead of mykad. Aku ni kekadang skeptical jugak nak leave my MyKad ni... mana la tahu kot ada org jahat yang guna identity kita kan. Korang takkan tak pernah dengar pasal penipuan guna nama kita utk various transactions ni.. tak pasal jer nanti...

Mmm.. penat dah makcik membebel... dah ler... nak buat keje

Signing off,
Makcik Kantin yang dah boleh memandu secara halal di atas jalan raya.... yeeehaa!!!

Wednesday, February 13, 2013

Back to work

Selamat pagi... 

Hari ni aku kembali bekerja selepas 4 hari bercuti. Keluar agak awal dan disebabkan jalan pun agak lengang, maka pukul 7.35 aku dah sampai opis. Dalam 7.40 tu dah siap thumb print. Mungkin juga banyak sekolah di Selangor ni masih bercuti, itu sebab tak sibuk. Dan most of the chinese pun belum masuk kerja lagi. Mungkin ada juga yang bercuti sampai ke Chap Goh Meh nanti... Walau apa pun, aku rasa cukup tenang pagi ni. Sempat lagi sediakan bekal untuk diri sendiri. Kalau dah berdua nanti, mungkin aku akan sediakan bekal utk pakcik tukang kebun jugak. Itupun kalau dia rajin nak bawak la. :)

Aku expect hari ni akan jadi a bit slow. Kami pun sedang cuti (all programs). So staff pun ramai yang tak ada. Aku malas nak ambik cuti. Isnin depan Insya Allah aku off sebab nak gi doctor's appointment at Putrajaya plus my physio. Nak ambil time-off leceh sebab by the time aku sudah kat hospital, mesti dah tengahari. So might as well, I just take a day off.

Plan aku hari ni, nak start on the ACC206 notes. Aku tak pernah ngajar code ni walaupun aku pernah jadi resource person for this code for two years. Tapi materials yg aku prepare for i-Learn masih ada. So, leveraging on that, aku nak sediakan notes yang lebih baik. Begitu juga dengan ACC 394, published accounts. Before this aku ngajar utk PLK for this code so notes dia sedikit berbeza. Kali ni, nak improve lagi.

Dah 8.12. So I better start my work. Breakfast pun dah sudah.. so sebelum mata aku ni terkatup, baik aku cerah cerahkan dengan membuat notes yang top notch qualitynya.. hehe.. perasan!!

Signing off
Makcik Kantin yang kekenyangan makan breakfast :)


Tuesday, February 12, 2013

Aktiviti hari last cuti CNY

Seperti yang aku tulis dalam entry sebelum ni, aku terasa macam nak berjalan-jalan menghilangkan bosan aku. So, I ended up pegi la IOI Mall. Jalan jalan cari pasal... ehh.. silap... jalan jalan cuci mata sambil melihat lihat barang barang yang mungkin perlu dibeli untuk april event nanti. Setakat ni, ada macam macam yang belum dibeli. Biasala aku.. nak last minit gak... dulu masa aku siapkan abang-abang aku nak kawin pun gitu gak... I work better under pressure kot.. hehe... Bukan apa, kalau dah beli awal sangat nanti ntah ntah terjumpa yang lain yang lebih berkenan plak.. so better cuci mata puas puas then baru beli. Teringat plak masa beli kain untuk dibuat baju kat Jakel Shah Alam... tapi yang tu ok sebab aku terus jumpa yang berkenan di hati serta menepati budget. Mmm.. macam mana la rupanya nanti.. harapnya ia cantik macam yang aku gambarkan.... 

Lepas jalan jalan, teringin nak makan laksa plak. So singgah di Oldtown mkn laksa...



Balik dari jenjalan... teringat plak nak masak sup ayam sebab ayam nya dah bawak keluar dari freezer. SO, aku ingat masak sup ayam, malam ni either makan ngan meehun or just roti jer.. very light dinner. Siap dengan sambal kicap lagi... power kau...



Tambah plak hujan lebat senja ni. Aku pun apa lagi, ambik semangkuk dan selamat sudah aktiviti menghangatkan badan petang ni. Memang kaw.. especially sambal kicapnya power... perasan lak... *wink*..

Malam ni nak makan sup lagi... tapi definitely no meehun or anything.. just plain soup.... aku sejak dua tiga hari ni, makan memang sedap ajer.. jahanam tul diet aku.. maunya sendat baju nanti... well... aku ada dlm 65 hari nak control sikit.. keh..keh.. keh.. gelak la korang.... aku tak kisah pun... cuma aku tak nak la debab macam bola masa april nanti... mmmmm.... berangan.. berangan..

Kaylah... makcik kantin nak solat maghrib dulu.. korang pun sama... jangan ghalit baca blog aku jer kejenya... hehehe...

Signing off,
Makcik Kantin yang kesedapan makan soup ayam...

Dah selasa??

Cepat masa berlalu.. cuti CNY berakhir hari ni. For those yang nak travel balik ke rumah masing masing, diharap anda semua memandu lah dengan hati hati. Kepada anak anak yang nak pulang ke sekolah, good luck. I know how it feels. Been there, done that.

Aku ni baru lepas breakfast. Pagi pagi lagi tadi, pakcik tukang kebun dah call. Itu la sebabnya lambat breakfast. Berborak dengan dia macam tak pernah berborak seminggu. Korang ni.. jangan la jeles. Bagi chance la kat orang bercinta ni... hehe... pas tu dia bagitahu phone bill aku RM90. Ok la tu... korang jangan tak tahu, sebelum aku pakai line baru ni, phone bill kami beratus tau... so bila dah pakai line baru ni jimat banyak sebab call dgn dia free 38 hours... haaa.. hambik.. sampai tak terhabis quota tu...


Hari ni masih tak ada plan apa apa. Tadi bagitahu pakcik tukang kebun yang aku nak keluar. Oh yer.. dia dah balik ke Kulim pagi pagi buta lagi. Kul 7 am dah sampai.. punya la awal. Katanya nak ke opis.. ntah ye ntah tidak. Tengok tengok tidor jer kat rumah.... sabor je le... pas tu dah siap gi ke tesco cari drain declogger. Makcik kantin bet, mesti dia tak jadi gi opis.. tahu sangat perangai dia tu... hehe.. kalau dia baca entry ni, mesti tersenyum simpul jer kan... kan.. kan.... anyway.. I MISS YOU!

Makcik kantin nak relax dulu... kalau ada mood, nak iron baju.. kalau takde, makcik keluar jenjalan... alangkah bestnya kalau pakcik tukang kebun ada nak temankan makcik jenjalan.... april.. cepat la datang...

SIgning off,
Makcik Kantin yang dah boring duduk kat rumah

Monday, February 11, 2013

Tak habis habis pasal Shila Amzah, Sharnaz and ND Lala

Sejak seminggu dua ni, kalau dalam internet tu bersepah cerita pasal diorang ni. Jemu jelak juga aku membacanya. The latest one aku nampak kejap tadi ialah ND Lala tak bagi Shila di interview oleh wartawan. Before that dah sampai report report polis sebab Shila hilang entah kemana. Haisshh... depa ni nak cari glamer murah ajer kot...

Aku tak la minat si Shila ni. Satunya pasal dulu dia selalu tukar stage name. Kalau tak salah aku la.. dia pernah keluar dengan nama Shila tekno kot... masa tu time bebudak lagi kot... macam-macam nama gak la dia pakai.. cuba stick to one name.. kan senang... mcm Sheila Majid... dari dulu aku kenal dia sampai la sekarang... tak payah ubah apa apa pun.... femes gak :)

And to me, kesemua depa yang terlibat ni tak matang laa.. Shila ni pun satu.. dah krisis gitu, takkan la sampai nak lari bawak diri.. awak tu masih remaja, bawah tanggungjawab mak bapak lagi.. walau dah femes mcm mana pun.. yg si sharnaz ni satu hal... kalau nak gi pinang anak orang, ader ke patut kau announce tapi tak bincangpun dengan keluarga perempuan... kalau aku pun bengang... ND Lala pulak.. kalau pun tak berapa berkenan dgn calon menantu, tak payah la nak announce kat media... bincang elok2 tak boleh ke? Awak tu org tua yang sepatutnya lebih matang dalam menangani masalah jodoh anak anak ni...

Well, my point is benda-benda sensitive macam ni tak yah la nak masukkan dlm media... or mmg itu niat depa supaya org lebih kenal depa ni semua.. artis ni cukup pandai create kontroversi.... kalau dah agak suam tu, mula la nak bagi hangat... sudah-sudah laa... aku pun tak ambik port tapi penat jugak la tengok highlight kat internet asyik citer pasal benda ni ajer.... make a closure k...

Chinese New Year Holiday

Yeay.. masih bercuti sampai esok... lucky for us that CNY jatuh pada hari Ahad so cuti la sampai Selasa. That means this week we are only working for three days. Actually, time takde kelas ni memang seronok cuti lelama tapi kalau ada kelas, mula la gigil nak pikir bila nak ganti kelas.

To me, this long break tak significant sgt mungkin sebab aku sendiri dah bercuti terlalu lama baru-baru ni. Tapi kepada depa yang ada anak-anak, mesti best sebab inilah time nak spend with the kids. Aku ni, balik kampung pun tidak. Tak larat jga nak drive lama-lama ni dan lagipun risau kalau trapped in the traffic jam. Aku jugak senang di sini, tak sibuk sgt sebab mostly ramai yang balik kampung. Tapi my opposite and next door neighbour pun tak balik. 

Hari ni, pagi-pagi lagi aku dah pegi terjah Restoran Kayu. Nak makan roti telur punya pasal. Dah lama tak pekena... Ada satu bhai ni suka menegur aku bila aku dtg makan kat situ. Kalau aku datang ngan pakcik tukang kebun pun, dia belasah ajer tegur aku. Aku rasa kalau dua tiga kali lagi dia buat, maunya pakcik tukang kebun naik darah dan keluar semua action hero tamil dia tu.... 

SO far, I have no plans for the day.. hanya rest kat rumah aje.. lepas ni dah takde public holiday yang panjang gini dah.. dan kelas aku pun insya Allah akan mula 4 march ni... so, dah ada peluang ni baik makcik kantin duduk rest and relax. Masa MC dulu pun rest gak tapi asyik dok sakit jer..... so tak la relaxing sgt...

Pas ni, makcik nak jadi makcik dobi jap.. kain baju dah sidai cuma yang ada selonggok yang belum berlipat dan bergosok... 


Haa... itu lah rupanya... yang masih bersidai ada lagi.... so aku kena berusaha gigih utk menyelesaikan segala-galanya by tomorrow...

Signing off,
Makcik Kantin merangkap Makcik Dobi

Saturday, February 9, 2013

KFC... oh KFC....

Hello mello

Aku baru balik dari Tesco Puchong. Ada la beli groceries sikit sikit. Perlu diingatkan yang aku tak boleh beli banyak banyak in one trip sebab nanti patah pinggang aku nak bawak naik ke rumah. I used to do that. Carry all the stuff in one trip and end up it hurts my back so much. Sekarang, apa nak buat pun kena fikir pasal posture and movement. Tak boleh nak sebarangan. Nanti, terlantar 4 bulan lagi...

Sebelum aku gi shopping tadi aku singgah la breakfast di KFC tesco tu. Perut pun lapar time pagi and aku plak nak kena makan ubat. SO, KFC is the only choice there. Tapi, yang tak bestnya, KFC tu kotor sikit la. Bukak morning shift lantai tak sapu, kaunter tak lap, dinding pun kotor... tray tak cuci... apa ni??? Sejak bila depa ni tak mementingkan kebersihan? Well, I used to work in the university cafetaria and I know exactly SOPs bila closing. Everything kena bersih and ready for the next shift in the morning. Ni tidak, so kalau dah customer datang makan, takkan masa tu baru kau nak menyapu dan mengemop??? Honestly, aku dah rasa geli nak makan kat situ. Cukup la kot this time...

Terpikir plak aku nak buat complaint kat management KFC ni. Bukan apa, kebersihan. Setahu aku, mega franchise ni very particular about the quality standards. Well, that is something that they have to look into after this.

So, now nak sidai selimut ngan toto yang aku basuh pagi tadi pastu nak rendam plak kain baju keje yang dah selonggok tu. Hari ni macam penuh sikit aktiviti.. kenapa erkk?? Hehehe... hanya aku saja yg tahu.. kaylah... tak mo melalut panjang...

Signing off,
Makcik Kantin (bercuti panjang hujung minggu ni.. )

Friday, February 8, 2013

Malam Sabtu

Alhamdulillah...

Dah tiba pun malam Sabtu yang ditunggu tunggu. Lega rasanya satu minggu dah berlalu walaupun minggu ni belum banyak tugas yang aku buat. Kebanyakkan masa aku habiskan di dalam bilik ofis dengan update nota-nota kuliah saja. Petang tadi aku keluar awal dari ofis. Singgah di Kompleks PKNS Shah Alam. Hajat hati nak cari telekung baru. Tapi tak ada yang berkenan di hati. Langsung di situ, aku lunch sekali. 

So, biasanya malam sabtu ni aku habiskan dengan menonton rancangan Korea 'Running Man'. Best citer ni. Game show yang lain sikit konsepnya. Kat malaysia dulu pun ada satu rancangan mcm ni.. lebih kurang la kot.. alaa.. yg onyomat tu ler.. tapi yg tu aku tak berkenan... yg korea punya ni mmg best.. kelakar gila... by the way, rancangan ni disiarkan di One HD. 


Esok pagi pagi aku dah plan nak buat laundry. Pas tu nak ke Tesco. Biasala.. aktivit hujung minggu. Mercun pun dah dentum dentam ni... esok lagi kuat agaknya.... aku dah kedapkan rumah aku, pasang air cond.. so kurang la sikit bunyi nyer...

Apa apa pun, selamat berhujung minggu... 

Signing off
Makcik Kantin

Rainy Friday Morning

Hujan.... dah beberapa hari ni kerap hujan di sekitar Lembah Kelang, termasuk la Puchong and Shah Alam. Pagi ni pun hujan lagi. Entah macam mana aku boleh terlambat hari ni. Nak kata bangun lewat, tak jugak tapi mungkin sebab hari ni hari Jumaat. Segala benda buat lembab ajer... just like the weather I guess. Cari tudung tak jumpa utk match kan dengan baju cotton aku.. last-last aku pakai baju lain... benci tul kalau benda macam tu jadi. Keluar rumah around 7.05. Ding dong ding dong, around 7.15 gak la baru gerak. Mau nya tak lambat sampai Shah Alam. Aku sampai dah around 8.05. Pada yang selalu ambil tol Ebor kat batu tiga tu sure tahu jammed nye macam mana. Kena la park kat multilevel complex. Tapi Alhamdulillah, aku sampai ke ofis dengan selamatnya.

Anyway, cerita yang aku nak tulis pagi ni bukan pasal diri aku tapi mengenai seorang teman yang aku kenal sejak aku mula bekerja di tempat aku ni. Gender: Male. Aku baik dengan dia sebab kami dulu kena develop this one case study utk diploma course. And lepas tu kami berdua la jugak kena mengajar code yang sama. He is married with 5 kids. Sorry yer korang, kalau korang rasa kami berdua ada apa-apa. Tak ada apa just being two good friends. Masih aku ingat, masa lepas arwah mak meninggal, aku banyak cerita pada dia pasal kesedihan aku dan betapa aku kehilangannya. And ada a few things yang aku share dengan dia. Tapi sharing was all I did. Bila aku full time teaching professional courses, kami dah jarang jumpa except for our epjj classes. 

Tapi yang paling mengejutkan aku, aku dapat tahu dia berkahwin seorang lagi. Kerana setahu aku dia adalah a good father figure. Walaupun dia ni workaholic, tapi aku tahu dia cukup senang dengan anak-anak. Especially bila anak bongsu dia lahir. Jadi, perkahwinan kedua ni cukup mengejutkan. Dan dari apa yang aku tahu, dia berkahwin senyap-senyap tanpa pengetahuan isteri pertama. Tapi pihak isteri pertama telah dapat tahu.

Sebagai seorang kawan yang cukup kenal dengan karakter dia, aku memang terkejut. Walaupun dulu-dulu dia ada bergurau katanya nak kawin dua. Memang tak salah nak kawin dua or even sampai 4, tapi mampukah dia untuk membahagikan kasih sayang serta bersikap adil pada kedua-duanya? Apa pula perasaan anak-anak?

Kalaulah engkau membaca post ini sahabatku (kalau kau baca, mesti kau tahu aku tulis ni pasal engkau kan.. ), aku doakan engkau bahagia dengan perkahwinan ini. Sesungguhnya ianya tidak menyalahi aturan agama kita. Aku harap engkau dah fikir sehabis baik sebelum membuat keputusan dan jangan mensia-siakan sesiapa. Pasti ada pihak yang terluka tetapi engkau sendiri perlu menjernihkan segala kekeruhan ini. Good luck my friend.. with your study as well as your private life.

Signing off,
Makcik Kantin

Thursday, February 7, 2013

Kisah gerai nasi lemak

Hi..hi..hi...

Semalam aku tak post apa-apa sebab takde apa yang menarik berlaku dan keduanya aku penat. So, pagi ni aku ada cerita menarik yang nak dikongsi.

Semalam aku langsung tak jamah nasi. Pagi makan kuih, tengahari makan mee dan petang tu aku belasah grilled chicken kat cafe columbia asia. So, pagi-pagi ni aku rasa macam teringin nak makan nasi lemak. Time-time kerja ni, mintak maap la nak masak sendiri pagi-pagi ni. So, aku pun decide untuk keluar awal sikit supaya sempat aku menyinggah beli nasi lemak. 

Aku ada satu gerai kakak ni yg aku suka. Selain dari nasi lemak yg agak sedap, karipap dia pun ok. Tapi gerai ni agak jauh sikit dengan rumah so macam kena buat detour plak. Tengok jam dah 6.55 am. So aku pun singgah la gerai satu brother ni, dekat ajer ngan rumah aku. Dulu aku suka juga beli kat brother ni tapi sejak dia selalu keluarkan remarks yang aku tak berapa selesa, aku dah stop patron the stall. Mungkin hangpa tertanya-tanya apa remarks yang dia bagi kalau aku singgah kat situ kan? Siap tanya, duduk kat mana, asal org mana, dah kawin ke belum, anak berapa org.. keje kat mana, cuti tak balik kg ke.. bla..bla..bla... pada aku kalau sesekali bertanya khabar customer utk menunjukkan politeness tak apa.. tapi kalau dah tetiap hari gitu, muak juga aku mendengarnya... padahal bini dia ada dok kat sebelah tu... ishhh.... so hari ni lagi aku terkejut biawak dibuat nya... setelah mungkin hampir dua tahun aku tak singgah, dia sapa aku lagi... aii dik... lama tak nampak.... dalam gelap-gelap tu boleh pulak dia perasan kan muka aku ni... mmmm... dek kerana terpaksa, aku beli jugak la kat situ.... tapi mungkin lepas ni aku malas nak singgah dah.... sembangnya tak habis kat situ, tanya macam2 lagi... aku buat biasa ajer... malas nak layan and memang aku pun nak cepat....

Pada aku peniaga mmg kena mesra pelanggan tapi jangan la over sgt. Tambah pagi2 ni, org nak cepat... so straight to the point ajer laa... lagi satu kalau peniaga lelaki tu tak perlu nak over mesra dgn customer perempuan... begitu juga sebaliknya.... that's why aku suka gi gerai kakak tu... service pun cepat....

ok laa... dah 8.15.. nak start keje dulu kay....

Signing off
Makcik Kantin (yang malas nak mesra-mesra dengan orang sangat!!)

Tuesday, February 5, 2013

Post Physio Session

Alhamdulillah. Selamat kembali ke ofis setelah keluar kejap untuk ke Hospital Putrajaya for physio session. It was a good session. Eventhough I was being attended by a UiTM student doing practical accompanied by her superior, it was still considered very good. Walaupun dia tak gunakan any machine today but the massage and exercises were quite relieving. Insya Allah, my next appointment will be on the 18th February, sama hari dengan my doc appointment.

Sampai jer semula kat ofis, terus aku ke admin office untuk serahkan semua MC dan juga utk apply dedicated parking. Aku perlu parking lot yang dekat supaya tak perlu berjalan jauh. Kalau sapa yang pernah dtg ke kampus aku ni sure tahu keadaan nya macam mana. Kalau kena park kat multi level parking building tu, mau patah pinggang aku... belum pun sampai ke faculty dah terjelepuk aku kat situ gamaknya.. jadi, kalau aku ada parking lot sendiri, dtg lewat sikit pun takpa... ni kena dtg pagi2 buta.. ehh.. kalau buta sure tak nampak kan.. pagi-pagi celik laaa.... mudah-mudahan urusan parking ni pun dipermudahkan..

Masa kat office tadi, terserempak pulak dengan my TD.. dia pandangnya atas bawah.. pas tu kata.. eh.. dah kurus laaa.... hamboi... aku terperasan jap... kah... kah... kah... dah la semalam ada org tegur gak.. makin comel dan putih... hadoi... biar betoi depa ni.. agaknya lama tak jumpa aku.. tu pasal la dok bagi komen begitu... hehehe.... ni jeles lagi Pakcik Tukang Kebun aku ni... jangan marah yer... :)

Oppss.. nak sambung buat kerja... hari ni takleh la nak balik awal sgt sebab tadi dah keluar... 

Signing off
Makcik Kantin

Fisio

Hari ni aku terasa macam berat jer nak bangun pagi tadi. Entah pasal apa. Selalu tu by 5.30 or 5.40 aku dah bangun tapi hari ni pukul 6 baru la terhegeh-hegeh nak masuk bilik air. Mungkin sebab cuaca sejuk membuatkan aku rasa macam nak tarik selimut lagi. Anyway, malam semalam aku berangan nak gi pasar malam.. kononnya nak beli itu dan ini. Aku kan dah lama tak gi pasar malam.. korang dah lupa?? 

Hehehe... jadi hati tu tergedik-gedik la nak pegi... mula-mula nak pegi sebelum maghrib.. tapi teringat plak.. maghrib ni suntuk masanya.. so cadang nak solat maghrib dulu then baru nak pegi.. masa tu belakang aku ni dah rasa tak best...  selesai ajer solat maghrib, mmmm... aku pun dah tak larat nak pegi... so burnt ajer la harapann dan impian aku nak makan macam-macam dari pasar malam tu.. last-last.. aku makan roti sekeping dgn minum teh o panas... since aku rasa belakang aku ni dah semacam ajer... (fobia sebenarnya.. bila terasa sakit sikit ajer aku sure panic).. so aku pun telan la gabapentin aku tu... apa lagi.. dalam kul 9.45 tu aku dah mamai dah... sementara tu aku plak nengok notting hill... citer yang ntah berapa puluh kali tengok tapi masih nak tengok... hehehe..

Pagi ni plak aku ada fisio kat hospital putrajaya kul 11 am ni. Nak try fisio kat putrajaya plak. One thing it is free and another reason, aku pun nak tengok gak apa yg diorg boleh buat utk bantu aku manage my sickness. Kalau kat columbia asia tu, it is more on pain relieving. Traction diorg tu bagus. Orang kata belum cuba belum tahu kan. Cuma aku risau pasal parking jer nanti. Mudah-mudahan dimudahkan...

Oklah.. makcik kantin nak sambung keje sekolah dulu. Jap lagi dah nak keluar pulak. Karang org kata aku ni makan gaji buta plak.... 

Till then, bubbye...

Signing off,
Makcik Kantin

Monday, February 4, 2013

Manic Monday

Alhamdulillah, aku sampai ofis agak awal hari ni. By 7.45 am aku dah thumb print.. haaa.. awal kan.. memang la.. aku keluar rumah gelap lagi.. before 7 dah start engine kereta. Satu benda kalau duduk around Klang Valley ni.. kalau pegi kerja memang kena keluar awal... padahal Puchong dengan Shah Alam tu boleh sampai dalam 25 minit jer kalau tak ada apa. Ni kena beat traffic all the time. So, time management kena excellent ok.

Tapi kesian sgt dengan those yang driving towards IOI Mall and LDP sunway tu. Jammed teruk giler sebab ada accident and right lane of LDP tutup. Itu yang aku dengar melalui InfoTraffic. Aku boleh imagine betapa stressed nya kalau stranded cam tu. Aku pun selalu kena gak. Dah la hari ni Monday. Maka bertambah tambah la Monday Blues nya. Aku rasa part of the reason ramai org sekarang kena HPT adalah disebabkan oleh masalah traffic yang giler ni (termasuk la aku!).

Satu lagi benda yang aku dengar dalam radio ialah berita pasal ada dua org budak sekolah umur 15 dan 13 tahun hilang lepas tak balik dari sekolah. My instinct depa ni tak kena culik tapi melarikan diri.. itu teori aku... budak-budak zaman sekarang ni macam-macam hal.. depa ni berani semacam... walau apa pun aku doakan mereka berdua selamat... dan kalau lari pulanglah ke pangkuan keluarga.. minta jauhkan perkara tak baik daripada terjadi..

Oh yer... semalam aku lupa nak update apa yang aku buat petang semalam. Mmmm.. sebenarnya tak buat apa pun! Hehe... selain dari berborak dgn Pakcik Tukang Kebun, I didn't do anything else. Maklum ler.. hari Sabtu aku dah clear semua benda so semalam adalah hari yang sangat santai. 

Gotta go now.. dah pukul 8.. nak start buat kerja..

Till then, bubbye..

Signing off
Makcik Kantin

Sunday, February 3, 2013

First February Weekend

Hari ni dah Ahad. Esok dah kembali bekerja. Cepat sangat berlalu. Tapi aku suka juga sebab jemu duduk sorang-sorang. Semalam memang productive day for a Saturday. Pagi-pagi lagi aku dah buat laundry. Pas tu siap iron baju utk kerja dan juga baju-baju biasa. Hari semalam terasa aku nak memerap di rumah aje. Malas langsung nak keluar. Tapi peliknya sikit pun tak rasa ngantuk. Kalau kat opis tu, masuk sejam jer dah mula menguap. Apsal la agaknya....

Hari ni plak cadangnya nak gi pasar tani shah alam nak cari telekung tapi disebabkan aku terlelap lepas subuh tadi, mmm... burn la cadangan tu. Kebetulan, masa aku tengah golek golek atas katil, Pakcik Tukang Kebun call. Starting Friday sampai semalam dia demam. So semalam kami tak borak-borak sangat. Dia banyak tidur aje. So bila pagi ni dia call, lama juga boraknya... sampai dekat kul 9 kot. Lambat la aku mandi. 

Oh yer.. semalam aku tengok cerita hindi tajuk nya Baabul. Pelakon Salman Khan and Rani Mukherjee. Sedih giler cerita tu sampai aku menangis jugak laa... (mesti hangpa yang baca ni kata.. pathetic giler minah ni... asyik nangih jer bila tgk citer hindustan).. Aku memang mcm tu... emo terlebih... tengok cerita 3 idiots tu pun boleh menangis beriya... kalau nak tahu kenapa aku boleh emo tengok cerita baabul tu.. aku terfikir kalaulah aku jadi mcm tu... mmg meroyan... nak plak semalam Pakcik Tukang Kebun demam... lagi la aku susah hati...



Lepas layan citer sedih tu, aku layan plak coyote ugly. Lama dah tak tengok cerita ni. Aku suka sebab lagu nya sedap termasuklah lagu Can't Fight The Moonlight by LeAnn Rimes. Boleh dengar kat sini Can't Fight The Moonlight.


Hari ni aku ada a few things nak buat juga sebelum petang menjelang. Nanti I will update k.. 

Signing off
Makcik Kantin

Friday, February 1, 2013

First day at work

Alhamdulillah, today is my first day at work after a long 4 months break from work. Walaupun dengar macam lama 4 bulan tu kan, tapi sebenarnya nothing much yang aku buat since the first three months tu most of the time aku kena deal dengan sakit yang amat tidak menyenangkan. Only last month January yang aku dapat buat a few things on my own. Now, jalan pun dah ok.. tak senget senget lagi.. cuma kalau duduk lama tu kena buat stretching in between so that tak cramp nanti.

Anyway, so far my first day at work ok je. Aku keluar rumah dalam 6.55 am tadi. Jammed giler kat intersection nak ke USJ tu. Itu pun aku naik Elite and syukur sgt lepas keluar Elite nak ke Federal, tak jam sgt. Sikit jer.. sebab traffic lite tu ler.

Sampai parking (nasib baik ada parking dekat ngan lift) dalam kul 7.45 am. And naik gi thumb print kat level 14. Belum terserempak dengan sesiapa lagi sebab aku awal and aku budget maybe ramai yang cuti tengah ni. Now is cuti semester so ramai la yg cuti. 

Hari ni takde la plan nak full swing terus. Check emails as usual (and mmg hari2 check dari rumah pun) and maybe nak clear up my tables sikit. Semak giler.. masa aku tinggalkan meja ni dulu aku pun tengah sibuk so mmg la tak terurus rupanya...

Ok.. gotta go now.

Signing off
Makcik Kantin