Pages

Sunday, September 8, 2013

Geram

Kenapa nak buat lagi perkara yang sama? Tak fikir kan orang lain ke? Pentingkan diri sampai orang lain terabai... ok... if you want to play game, bring it on. Cuma nanti jangan menyesal bila nasi sudah menjadi bubur. Hargailah pengorbanan orang lain dan bukannya ambil kesempatan!

Friday, September 6, 2013

Happy Friday

Friday is an off day for Kedahan and a few other states but unfortunately Mr. Hubby is not. He works the normal Monday to Friday routine. So, here I am, staying at home by myself. Just did my laundry but too bad that the last few days, the weather has been raining every evening until night. I am now blogging while watching Aarti Party on Food Network Asia Channel. 

Not knowing what to do (actually, there are tonnes of work to be done), I choose to spend an hour or so on the Internet while the TV is left on. The weather makes me sleepy too. Should I go and zzzz a bit later? Perhaps I should... I even yawned while typing the last sentence...

Gotta go... continue later..

Thursday, September 5, 2013

Greetings from Sg. Petani

Wow.. dah lama tak menulis di blog ni. Jangan kata menulis, melawat blog pun dah jarang sejak lepas majlis hari tu. Al maklum sajer la.. aku melalui fasa perubahan dalam hidup aku sejak April yang lepas. Banyak yang lalui. Dan yang paling terbaru, aku telah pun berpindah ke Sg Petani, Kedah. Tinggallah kenangan hidup selama hampir 10 tahun di Puchong, Selangor dan kini beralih arah ke kehidupan yang lebih tenang dalam suasana kampung. Jauh benar bezanya dari Puchong/Shah Alam tu.

As a recap, aku officially berpindah ke sini about two weeks ago, 25 Ogos yang lalu. Banyak juga tragedi semasa acara pindah memindah ni. Best jugak kalau aku share kat sini kan. Ada ke yang nak baca ni? Hehehe..

Actually, aku dapat surat pindah officially dalam bulan June hari tu. Rasanya dah dipenghujung bulan. Selepas ajer dapat surat, terus cari rumah sewa. Setelah Azrin contact a few landlords, finally, dia berkenan dengan satu rumah teres di BPJ, corner lot. Sewanya pada aku murah le.. RM550. (Tapi org SP kata 550 tu dah mahal dah...) 

So, dapat ajer surat, aku pun mula mengemas sikit-sikit barang-barang nak bawak pindah. Tapi aku memang pening la sebab barang banyak.. maklum la.. kumpul sendiri.. lama-lama banyak la jugak. Itu pun kain baju lama banyak jugak yang aku let go. (Ada lagi 3-4 bundut belum berbagi). Lagi satu, nak contact movers pulak. Dapat la deal ngan this one malay mover. Harga - RM2200.

Sepanjang tempoh ni, aku berkemas sorang-sorang, ada masa ajer aku pack. Dari rumah, sampai la ke opis. Kat opis tu pun buku banyak plus all my documents/papers masa mengajar. So berkotak kotak juga la.. Masa puasa stop berkemas sebab tak larat sgt. By the time aku lepas buka puasa, aku dah tak larat buat apa-apa. (Note: since aku ni ada slipped disc, memang aku akan jadi cepat penat. Buat keje lebih sikit, terus aku rasa nak tergolek. Yang ini bukan disengajakan tapi kesan dari menghidapi slipped disc ni. Plus, aku tak boleh push my self too hard. Kang ada lagi disc yang nak terkeluar nanti!)

Lepas puasa, raya la plak kan.. (entry raya satu haram pun takde.. nanti aku buat yer.. hehe). Congak punya congak, lepas raya tinggal dua minggu jer lagi sebelum pindah. Aku dah start panic. Barang berlambak lagi tak kemas. So, actually, aku buat heavy packing masa dua minggu terkakhir tu. Penuh la kotak dalam rumah. (Nasib baik abang aku supply kotak banyak sebab before this dia pun pindah jugak). Yang paling penat adalah 3 hari terakhir. Aku memang terpaksa non stop buat packing. Dengan panggil orang bukak air cond, bukak astro, gi settle pasal telekom, uruskan deposit pindah kat mgmt office at the apartment, semua aku buat sendiri. Penat jangan cakap laa... makan pun tak lalu...

Hari Jumaat, 23 Ogos, Azrin sampai naik Malindo Air, aku ambik kat Subang Airport. Malam tu takkan aku nak paksa dia buat packing plak kan. So, the next day, lepas subuh terus gi breakfast and balik start la last minute packing. Lorry patut dtg pukul 11 am tp punya la lambat. 1.45 pm baru sampai. By the way, Yang and Abang with Kak Su pun dtg melawat dan membantu. Kotak-kotak dekat ada seratus agaknya... mesti korang pelikkan.. banyak nya kotak.. actually, aku banyak pakai kotak kecik2.. senang nak angkat... tu yg numbering banyak...

Angkat punya angkat.. aku dah naik angin jugak pasal lambat. Macam mana nak gerak ke Kedah kalau dah lambat mcm ni? Habis loading barang almost 7pm. Aku dgn Azrin dah mati kutu. Nak gerak terus ke Kedah dah penat sangat. So kami decide utk overnight di hotel budget Kota Damansara, sebab nak check in pun dah pukul 9 - 10, esok lepas subuh nak gerak. So buat apa nak stay kat hotel mahal. Janji dapat mandi, solat and tidur, sudah lah...

Alhamdulillah, hotel pun dapat. Kami berdua dah penat sgt. Tapi bila dpt tidur, rasa badan dah fresh. The next morning on the 25th August, kami check out lepas subuh, dlm 6.15, and breakfast dan terus drive ke Sg Petani sebab janjinya lorry nak sampai dlm pukul 10 pagi. Lori kecik sampai on time tapi lori besar sampai lewat. Geram jugak. Dah dua hari lewat. Tapi selain kelewatan, yang membengangkan aku adalah cara pekerja depa handle barang2. Banyak juga perabot yang rosak. Aku marah la jugak sebab tak hati-hati. Bukan la murah aku bayar depa. RM2000++ tu. Pada depa, nampak macam barang-barang aku tak la hebat mana (iyer laa... aku bukan org kaya nak beli barang grand2.... itu yang aku mampu dan aku bersyukur dapat jugak la beli barang walaupun jenis yg murah-murah ajer).

Selesai depa angkut barang, baru la aku dan Azrin dapat meletakkan badan kejap. Lepas mandi, terlena kejap sebelum mak mentua call kata depa nak dtg melawat rumah baru dari Ipoh. So, kami pun bangun, mop-mop lantai sikit and get ready. Before Maghrib depa sampai. Malam tu, sempat lagi keluar makan kat Bakar Arang.

Now, dah hampir dua minggu aku berhijrah ke sini, Alhamdulillah, so far so good. Walaupun jauh dari hiruk pikuk kota yang aku alamai dulu, tapi kehidupan disini jauh lebih tenang. Pagi-pagi tak kalut nak gi keje. Pukul 7.45 relax lagi keluar rumah. By 8.30 aku dah clock in. Cuma setakat hari ini, aku belum dapat office yang tetap lagi. Buat sementara waktu, library lah office aku. Ok la tu kan.. ada meja, ada plug point and air cond... :)

Cuma kadang-kadang, aku rindukan trips aku ke shopping mall yang dulu selalu aku pegi. Walaupun bukan la aku gi shopping tapi window shopping tu terapi bagi aku. Kat sini ada la jugak tempat nak jalan-jalan tapi tak la segah di sana. Kalau nak gi tempat macam tu, kena gi Penang la kot.. takpun aku naik Malindo Air gi KL.. hehehe...

Ok laa... nak sambung keje yang banyak ni. Kelas dah nak start hari Ahad ni... nak perabih notes and tutorial for first lesson. 

Until then, Wassalam.

Signing off, 
Makcik Kantin