Pages

Tuesday, May 14, 2013

Pre, During and Post GE13

** This post was originally written last week.. but too busy to continue and post it. So, today it is being edited and completed for posting. Happy reading :) **

Hello everyone,

Did you miss me? Hehe.. Dah lama tak menulis. Sebenarnya, hari-hari terasa nak menulis tapi ada saja la rintangan nya. Chewah... bukanla rintangan tapi malas benor nak turn on computer and menaip. Kalau online pun dari handphone ajer. Tapi kalau nak blog dari handphone tak best coz screen nya kecik... hehehe.. alasan semua tu.... korang percaya ke??

Anyway, nak citer sikit pasal aktiviti aku minggu lepas. Takde la citer pasal politik sebab orang lain dah banyak sangat citer pasal politik. So, aku hanya nak share apa yang aku buat ajer la.. eh.. you all semua nak baca ke? 

Last week, aku start keje balik hari Isnin 29 April after bercuti selama seminggu setengah. Masa tu ada terima la wedding gifts from my colleagues. Tak bukak pun lagi sebab nak tunggu En. Azrin datang ke sini baru nak bukak sama-sama. :)

On 1 May plak, hari cuti buruh. I went to Seremban to help my sister pindah rumah. Seharian juga la di sana. Khamis keje as usual and Jumaat pulak, after class ended at 5 pm, terus aku drive balik Teluk Intan. Sampai Teluk Intan, dalam pukul 7.45 macam tu. En. Azrin suruh aku tunggu kat rumah mak dia because dia pun on the way balik jugak. By the way, Jumaat tu dia MC sebab matanya sakit dan dah melarat ke sakit kepala pulak. Risau aku. Janjinya, the next day nak pegi ke Klinik Pakar Mata di Jalan Changkat Jong to have a check up.

So, sampai ajer kat rumah mak mentua, tak lama lepas tu, En. Azrin pun sampai dari Kulim. Semua ada kat rumah masa tu. Sempat juga la makan dinner ramai-ramai. By 9.45pm, we went off to Eastern Garden. Masa nak masuk simpang rumah aku, nampak kereta banyak dok park kat tepi jalan sampai jalan masuk. Rupanya ada ceramah kempen di San Min. Lantak korang lah nak kempen ke aper ke.. yang penting aku nak balik rumah and rest ajer...

Anyway, the next day tu, aku settlekan laundry then we went for breakfast kat Nikmat. Makan roti canai dan roti telur bawang plus ayam goreng seketul. Banyak giler makan. Lepas makan, gi pasar jap beli lauk nak masak makan tengahari, the, baru lah gi klinik mata tu. Nasib baik doctor kata ianya cuma infection tapi kalau tunggu lama lagi takut ada scar kat kornea tu. Kena la RM85. Mmm... tu la En. Azrin, dok bertangguh ajer nak gi clinic, kan dah kena sound. Lepas balik dari klinik, sempat plak singgah makan mee dan rojak Abdullah Mastan. Asyik keje makan jer kami berdua ni...

Tengahari, lepas makan lunch, sempat la tidur kejap. Kekenyangan makan lauk gulai telur, ikan rebus goreng, sambal belacan dan bayam tumis. Dah nak maghrib, baru la pegi ke rumah mak En. Azrin. Sampai sana, terus solat maghrib sebab nak keluar makan ramai-ramai kat DHentian Batu 8. Kenyang jugak makan malam tu. Bila balik, sempat juga menyembang di rumah mak. On the way balik, kami ronda ronda di bandar, tengok orang berkempen last minute. Terserempak dgn M. Kayveas di bandar baru.

Balik rumah pun dah pukul 11 malam kot. Apa lagi.. bobom ajer laa... mata dah ngantuk, perut pun dah berat. ZZZZ ajer la yang sedapnya... 

The next morning is the election day. Bangunn agak awal for Subuh and got ready to vote. My centre was SRK St Anthony. Hubby mengundi di Malim Nawar. Kali ni terkejut juga sebab pegi jam 8.05 pagi orang dah mula ramai. Kena tunggu 30 minit baru selesai. Itupun Alhamdulillah, dapat juga selesai agak awal. Kalau lambat lagi, teruk la nak beratur. Lepas ajer mengundi, pegi breakfast di Reena's. Nasi lemaknya agak sedap. Pas tu, balik rumah dan bersiap utk balik rumah masing masing. Kesedihan melanda sebab nak berpisah sementara sebab masing masing perlu menjalankan tugas. Sob sob.. nasib baik tak kawin ngan abg army.. kalau tak... menangih ajer le keroje nye... hik hik hik..

Sent Azrin to his parent's place as he parked his car over there. Singgah kejap dan terus gerak. My self pulak berhajat nak terus ke Seremban. Ada dua reasons, satu mmg nak jumpa Yang and the kids. Dua takut apa apa jadi due to election result so I don't want to be alone if anything happen. Azrin plak akan singgah di Malim Nawar utk mengundi dan terus ke Kulim.

Sampai ajer di Seremban, relax2 ajer. Petang lepas Asar, bawak Yang and Ilyas ke Aeon Seremban 2. Makan-makan dan saja window shopping. Ilyas plak dapat lepas geram main game dan jugak berkaraoke lagu Justin Bieber. Aku tak pernah gi karaoke. Maklumla... setakat menyanyi dalam bilik ayor jer yang lepas. Hehehe...

Malam, kami dah kepenatan. After solat Isya' masing masing terus terlena. Kat rumah Yang belum ada Astro so kami pun takleh la nak tengok TV sangat except for streaming dari youtube ke TV. Sesekali, aku bangun nak check result election. By 3.30 macam tu full result dah lebih kurang diumumkan and BN menang walaupun bukan dengan 2/3 majority.

The next day, Monday, aku dgn Yang dah sesiap ambik cuti pasal UiTM tak boleh buat kelas hari Isnin dan Selasa. Tapi Yang plak punya la sibuk menguruskan pasal Imran nak buat kad bank and ganti IC. Pas tu, petang tu aku sesiap nak balik Puchong dan Yang pulak nak hantar Imran balik ke MRSM Kuala Klawang.

Malam plak, singgah rumah Abang nak ambik tangga sebab esok nak panggil bibik bersihkan rumah. Aku rasa penat betul weekend ni. Penuh jadual ku.... tapi rasa seronok jugak. Kalau dulu, cuti cuti ni melangut jer la kat rumah. Abih kuat pun jalan MidValley.. tak pun tidur.. tak pun masak...

Ok laa.. now nak sambung marking test paper budak2... till then... tata..





2 comments:

Unknown said...

We really miss your writing...seronok sgt. Dah tak dipanggil sbg pak cik tukang kebun dah...

Cik Nina said...

Haha.. Apart from you, I wonder who else is reading this blog. :)

Pakcik Tukang Kebun tu panggilan zaman bercinta.. ni dah kawin kena cari nickname lain la plak... baru nampak romantic sikit.. hehehe