Pages

Thursday, January 31, 2013

Degenerative Prolapsed Disc - Part 1

Haa... apa plak Makcik Kantin bagi tajuk gitu?? Kalau nak tahu, itu lah penyakit yang aku alami sejak tahun 2011. Commonly known as slipped disc. First sekali aku kena end of march in 2011. Triggered bila aku cuba alihkan almari kat rumah abah aku. So, since then rasa sengal kat kaki. Aku pegi keje macam biasa tiga hari lepas tu. Tapi pada subuh hari Khamis, masa aku nak bangun solat subuh dan bersiap pegi keje, aku dah rasa sakit sangat. Tak boleh bangun. Akhirnya aku merangkak ke bilik air untuk ambil wudhu' dan solat sekadarnya. Sakit yang amat sangat, tak pernah aku rasa macam tu. Kaki tak boleh nak gerak and even time baring pun memang sakit. Tengahari tu aku call abang aku untuk bawakan aku ke clinic untuk ambil pain killer and MC. Sampai kat Klinik Soraya, doc bagi aku satu jap. Pun tak berapa nak jalan ubatnya. Lega cuma sikit dan sekejap. Aku balik ke rumah dengan rasa yang masih sakit tetapi berharap untuk sakit itu reda esok lusa.



Malam tu, seingat aku, aku tak boleh tidur sebab sakit. Bila malam, sakitnya bertambah. Mungkin sebab cuaca sejuk. Masa tu, family aku pun tak semua tahu yang aku sedang sakit kuat. Yang tahu, abang aku yg second je. Tu pun sebab aku mintak tolong dia bawak aku ke klinik. Masuk dua tiga hari, aku masih lagi sakit. Aku pun pelik.. sakitnya mmg tak tahu aku nak cerita. Rasa kebas dan lenguh yang luar biasa. Hanya mereka yang pernah laluinya yang tahu macam mana sakit yang aku deritakan. Pada masa itu, hanya air mata jadi peneman sebab tak tahu nak mintak tolong kat siapa. Kalau orang dtg tengok pun apa yg boleh diorang buat.

Next week tu aku pegi lagi clinic. Kali ni abah aku dah dtg on rescue mission. Masalah aku, ialah soal makan minum. Aku pun mmg tak larat nak masak... nak makan pun seksa. So dia dtg temankan aku. Akhirnya bila dah hampir dua minggu aku MC, doc kat clinic soraya dah suspect aku slipped disc and dia refer aku ke hospital putrajaya. Nak jumpa doctor kat sana lambat sikit coz kena buat appointment. So, abg aku suggest utk pegi DEMC pulak. Doc kat situ pun suspect benda yg sama. Dia suggest buat MRI and nasib baik dia kenal rapat dengan Dr. Tan, spine specialist kat putrajaya and dia mintak Dr. Tan jumpa aku immediately. So, seingat aku, on Monday aku, Abah dan Yang pergi ke Hospital Putrajaya, jumpa dr. Tan. Untuk buat MRI di putrajaya queue nya sampai 6 bulan so doc tak boleh tunggu lama macam tu. Kami diminta utk buat MRI sendiri dan yang paling mudah ialah di Columbia Asia Hospital.

Aku, Abah dan Yang balik semula ke puchong utk buat MRI. Punya la seksa nak buat sebab aku tak boleh lurus kan badan. And utk MRI kaki kena lurus. Sampai aku menangis sebab tak boleh tahan. Last sekali, Dr. Liew dari CA suggest utk bagi aku sedative so that aku boleh tidur. DEpa bawak aku masuk kat emergency ward, bagi aku sedation and by the time aku dah mamai, depa bawak aku masuk balik kat bilik MRI tu. Too bad, masa depa transfer aku dari katil ward ke katil MRI, depa terhentak sikit kaki aku, so aku terjaga tapi Alhamdulillah, aku boleh bertahan sampai dlm 25 min kot. Sapa yg pernah masuk MRI ni tahu betapa annoying nya bunyi masa procedure berlangsung. 



Alhamdulillah... dari kul 2.00 berada kat hospital, by 5 pm selesai semua. Aku dan abah balik ke rumah dan Yang pulak balik ke seremban. 

To be continued...

No comments: