Pages

Wednesday, January 30, 2013

Makcik Kantin Bertunang..

Makcik Kantin... itu lah nama panggilan aku yang diberi oleh Encik Boss aka Pakcik Tukang Kebun. Kadang-kadang, kalau aku banyak basuh kain or iron kain, dia panggil aku dengan nama Makcik Dobi plak. Mmmm... macam macam... takpelah... asalkan bukan nama yang tak baik sudah....

Apa-apa pun, tanggal 5 Januari 2013 yang lalu aku selamat menjadi tunangan orang. Wow.. rasa macam tak percaya pun ada. Bertunang dengan siapa? Dengan Encik Boss ler.. Kalau yang selalu mengendap FB aku tu sure dah tahu siapa dia tapi aku tak nak state the obvious here sampai lah tarikh kami disatukan.

Encik Boss ni kawan lama aku. Walaupun kami tak pernah belajar dalam satu sekolah. Tapi dia ni sekampung la dengan aku dan baik dengan kawan-kawan aku. Aku dulu cukup anti dengan dia ni. Entah la kenapa tapi aku rasa dulu dia perasan bagus je (hehehe.. jangan marah ye).. Masa aku nak further study dulu, dia la yang call aku bagitahu dia kat mana and to contact him once dah sampai. Nak dijadikan cerita, kami pernah juga bercouple dua kali sebelum berpisah selama 12 tahun. Akhirnya, tahun sudah kami bertemu semula. Macam dalam pelem cerita kami ni. Orang kata, kalau dah jodoh tak kemana dan aku akur itulah hakikatnya cerita kami. 

Macam-macam yang kami lalui semasa membawa haluan masing-masing. Dia dengan kisahnya.. dan aku dengan cerita hidup aku sendiri. Sejujurnya, aku tak pernah sangka akan bertemu dia kembali kerana luka lama yang amat dalam tetapi Allah Maha Mengetahui segala-galanya. Mungkin dulu kami tak serasi kerana masing-masing ada sikap yang negatif. Tetapi Alhamdulillah, sekarang kami lebih tenang dan yakin untuk bersama. 

Akhirnya, kata persetujuan di capai dan tersarunglah cincin belah rotan di jari manis ini. Pernah aku katakan pada diri sendiri yang aku sudah tidak kisah andai tidak bertemu jodoh kerana pengalaman lalu yang sangat menyakitkan. Alhamdulillah, berkat doa dan kesabaran, aku semakin hampir menuju penamatnya zaman bujang aku. Mungkin agak terlewat tapi better late than never, kata pepatah omputih. Harapan aku semoga perhubungan ini direstui Allah SWT dan kekal hingga ke akhir hayat. Dan sudah pasti, jika ada jodoh, aku juga ingin bersamanya di akhirat nanti. Insya Allah...

No comments: