Pages

Tuesday, January 1, 2013

Happy New Year 2013


Lama sungguh dah tak berblog. Tetiba di tahun baru ni terasa macam nak update something. Entah lepas ni masih rajin untuk update blog atau tak. Tak ape.. janji, bila tiba tahun baru ada citer baru sikit kan :)

Tahun 2012 yang baru saja berlalu meninggalkan banyak kenangan sebenarnya. Sehingga pertengahan tahun, semua berjalan lancar rasanya sampailah akhir bulan September lalu yang membawa aku sampai ke hospital kerana penyakit yang aku alami menyerang sekali lagi. Dua tahun berturut-turut aku bercuti sakit agak lama. Dan tahun baru ni pun aku masih bercuti sakit kerana belum benar-benar pulih dari kesakitan. Mudah-mudahan aku dapat kembali bertugas selewat-lewatnya akhir Januari. Aku pun dah jemu sangat duduk di rumah. Maklumlah, dah biasa keluar bekerja sampai hujung minggu pun kerja, jadi bila bercuti ni rasa tak betah duduk diam aje.

Itu cerita sedih dan sakit. Tapi tahun 2012 juga lah yang telah memulakan sesuatu yang amat bermakna dalam hidup aku. Semuanya berlaku dengan pantas. Cerita yang satu ini akan dicoretkan lebih mendalam nanti... bukan lah untuk menunjuk kepada sesiapa tapi ini adalah momento peribadi yang ingin aku abadikan di blog ini. Cukup untuk aku katakan yang aku sedang melewati saat-saat indah dalam hidupku.

Enough for now rasanya... nanti sambung lagi ok..

HAPPY NEW YEAR TO ALL :)

No comments: