Pages

Thursday, February 7, 2013

Kisah gerai nasi lemak

Hi..hi..hi...

Semalam aku tak post apa-apa sebab takde apa yang menarik berlaku dan keduanya aku penat. So, pagi ni aku ada cerita menarik yang nak dikongsi.

Semalam aku langsung tak jamah nasi. Pagi makan kuih, tengahari makan mee dan petang tu aku belasah grilled chicken kat cafe columbia asia. So, pagi-pagi ni aku rasa macam teringin nak makan nasi lemak. Time-time kerja ni, mintak maap la nak masak sendiri pagi-pagi ni. So, aku pun decide untuk keluar awal sikit supaya sempat aku menyinggah beli nasi lemak. 

Aku ada satu gerai kakak ni yg aku suka. Selain dari nasi lemak yg agak sedap, karipap dia pun ok. Tapi gerai ni agak jauh sikit dengan rumah so macam kena buat detour plak. Tengok jam dah 6.55 am. So aku pun singgah la gerai satu brother ni, dekat ajer ngan rumah aku. Dulu aku suka juga beli kat brother ni tapi sejak dia selalu keluarkan remarks yang aku tak berapa selesa, aku dah stop patron the stall. Mungkin hangpa tertanya-tanya apa remarks yang dia bagi kalau aku singgah kat situ kan? Siap tanya, duduk kat mana, asal org mana, dah kawin ke belum, anak berapa org.. keje kat mana, cuti tak balik kg ke.. bla..bla..bla... pada aku kalau sesekali bertanya khabar customer utk menunjukkan politeness tak apa.. tapi kalau dah tetiap hari gitu, muak juga aku mendengarnya... padahal bini dia ada dok kat sebelah tu... ishhh.... so hari ni lagi aku terkejut biawak dibuat nya... setelah mungkin hampir dua tahun aku tak singgah, dia sapa aku lagi... aii dik... lama tak nampak.... dalam gelap-gelap tu boleh pulak dia perasan kan muka aku ni... mmmm... dek kerana terpaksa, aku beli jugak la kat situ.... tapi mungkin lepas ni aku malas nak singgah dah.... sembangnya tak habis kat situ, tanya macam2 lagi... aku buat biasa ajer... malas nak layan and memang aku pun nak cepat....

Pada aku peniaga mmg kena mesra pelanggan tapi jangan la over sgt. Tambah pagi2 ni, org nak cepat... so straight to the point ajer laa... lagi satu kalau peniaga lelaki tu tak perlu nak over mesra dgn customer perempuan... begitu juga sebaliknya.... that's why aku suka gi gerai kakak tu... service pun cepat....

ok laa... dah 8.15.. nak start keje dulu kay....

Signing off
Makcik Kantin (yang malas nak mesra-mesra dengan orang sangat!!)

2 comments:

Unknown said...

Nanti kita 'langgar' warung brother tu.....baru dia tahu kawasan makcik kantin tu.

Cik Nina said...

Amboi... taiko nya dia.... nak ganti Malek ke ni?? hehehe