Pages

Wednesday, March 6, 2013

Dah terasa kesibukannya..

Sibuk.. itu saja lah yang boleh aku gambarkan jadual aku masa ini. Kuliah semester baru saja bermula Isnin lepas tapi kesibukan nya kian terserlah. Sekarang ni, balik ajer rumah, dah rasa melepek gila. Macam semalam, konon-kononnya, nak la buat coleslaw dan egg benjo utk dinner.. last last aku makan roti sekeping ajer sebelum maghrib. Dan lepas Isya' terus aku terlelap depan TV. Aku masuk bilik pun dah pukul 12 kot. 

Isnin hari tu, aku sempat gi buat facial kat Clara di IOI Mall. Dah lama sangat tak buat facial. Rasanya last aku pegi sebelum puasa tahun sudah. So, dah dekat nak majlis ni, kena la buat serba serbi. Kulit aku ni memang jenis sensitif. So, kalau tak berjaga, memang macam permukaan bulat la jawabnya... jerawat yg kecik2, oil seed (milia) and open pores. Lepas kena facial hari tu, licin la sikit rasanya. Tapi merah-merah la muka aku kena tenyeh. Untuk yang nak berkahwin, kena buat facial before dekat dekat tarikh majlis because taknak la masa majlis tu muka merah-merah kan. So, aku akan pergi lagi sekali dalam tempoh 2 minggu lagi. Tapinya kalau kulit dah banyak flaw, facial mcm mana pun susah sikit la nak elok terus. Ambil masa juga.. cumanya, kita nak muka kita segar masa time majlis nanti.. so at least with the facial, dia boleh kurangkan flaws tu...

Hari ni aku pulak settlekan banyak benda pasal kelas. Gi fotostate notes apa yang patut utk kelas esok dan Jumaat. Awal-awal ni susah sikit kalau nak suruh students buat semua so aku buatkan lah utk diorg. Tapi maybe lepas ni aku bagi class rep ajer la nak buat benda-benda ni. Bilik fotostate tu pulak panas ya Rabbi.. air cond nye rosak.. berpeluh-peluh aku masa menunggu kerja aku siap. Macam dalam sauna pun ada. Alhamdulillah, utk minggu ni selesai la bab fotostate ni. Next, minggu depan la plak.

Satu hal lagi, lift kat building aku ni dah buat hal lagi. Satu daripadanya dah konk. Geram juga hati bila mengingatkan keadaan ni. Padahal, lift tu baru ajer diganti baru. Belum pun sampai setahun depa ganti tapi dah berkali-kali breakdown. Nak salahkan sapa ye???

Actually, aku ni teringin nak gi kedai barang hiasan perkahwinan yg kat seksyen 9 tapi masih belum berkesempatan. Aku nak beli barang-barang nak buat hiasan hantaran tu. Kalau nak upah orang, maunya depa ambil 60 - 80 satu dulang. Mmm.. aku rasa that's a bit too much. Barang mahal takpe.. tapi hiasan kalau dah terlebih mahal, memang membazir la kan. Barang yg kita hantar mmg utk dipakai tp hiasan tu tauk buang jer nanti. So, aku dah decide mmg aku nak buat sendiri. So belanja pun dapat la dijimatkan sikit. Boleh ler duit lebih tu aku simpan nak buat belanja pindah rumah nanti... :) Itu pun kalau ada... hahahaha

Okla.. dah almost 4.30. Makcik Kantin dah terasa penat and nak balik rumah ler dulu. Malam ni ntah la macam mana.. mau tergolek dog lagi depan TV agaknya.... sebelum tu nak singgah pos laju nak pickup mail jap..

Time to go..
Signing off,
Makcik Kantin..



No comments: