Pages

Thursday, February 14, 2013

Lambat bangun dan kisah lesen memandu

Aku terbangun lewat pagi ni... dok elok elok alarm berbunyi 5.40, aku pergi snooze kan dia.. haahh... terus terlelap sampai 6.20. Apa lagi, macam lipas kudung la aku bangun, mandi, solat dan bersiap. Nasib baik baju dan tudung semua dah siap standby. So tak la lambat. Dek kerana pagi ni lambat, aku tak dan la nak prepare any breakfast for myself. Bawak air kosong jer.. nak dijadikan cerita, pakcik tukang kebun pun bangun lewat. Dia lagi hebat.. 6.40 baru tersedar.. Kami ni sehati sejiwa sungguh... dua dua bangun lambat pada hari yang sama :). Dia tak apa... kilang ngan rumah dekat sangat. Macam aku... 45 minit baru sampai ok. Itupun nasib baik hari ni sebab sekolah masih cuti kebanyakkan nya. So, jam tak ada.

Haaa... al kisah lesen memandu aku. Actually dah tamat tempoh on 11 February 2013. Last aku renew 5 years back. Itu pun pakai MyEG. Lesen aku ni dah masuk dalam MyKad. Konon nya nak senang. Aku masukkan dlm mykad masa aku buat baru lepas kena samun dulu.. tak ingat la tahun bila.. dalam 2005 - 2006 kot. Tapi sepanjang aku ada lesen dalam MyKad ni, banyak masalah yang timbul. Aku pernah dilanggar orang 3 kali (2 kali keta si blackie dan sekali civic abang aku). Dalam dua kes, aku report polis. Satu settle luar. Bila melibatkan report polis kena gi balai la kan. So depa kat balai ni takde card reader (minta maaf cakap laa... kalau hangpa boleh beli kereta peronda dan motosikal peronda canggih manggih, takkan la card reader seketul tu takleh invest???) So, hassles giler kena gi print out kat JPJ and baru bawak semula ke balai. Tak ke kes naya tu? Dah ler kena langgar, kena pulak ke sana sini. I thought that having my license in my MyKad would make things easy but on the contrary. 

Jadi aku nekad nak keluarkan lesen dari MyKad. Atas advice seorang kawan, aku gi renew semalam kat JPN Plaza Masalam, Seksyen 9 Shah Alam. Masa aku sampai, aku tengok punya la ramai orang, tapi nasib baik utk renew license ni depa bagi nombor khas. So tak la lama aku tunggu. Tapi yang aku bengkak hati tu, aku tanya la mcm mana kalau saya nak keluar kan lesen ni, petugas kaunter tu siap kata... eh.. apsal puan nak keluarkan plak.. org lain sibuk nak masukkan... aku pun cerita la masalah aku.. pagi tu aku gi pos opis utk renew and depa tak boleh buat sebab depa takdak card reader and again nak yg print out tu... so, mmg hassle sangat....

Masa kat kaunter, tunggu plak dekat 15 minit sebab JPJ Online System buat hal plak... mmm.. sabor je le... aku plak berdoa supaya boleh settle by yesterday and tak perlu nak gi JPJ plak... Alhamdulillah, lepas tunggu tu, boleh renew dah...

Moral of the story, hangpa yang baca post ni takyah la nak gi combine lesen dalam mykad. Buat susah korang jer... Keep it separately. Lagipun, kalau perlu tinggalkan ID kat mana mana building boleh tinggalkan lesen instead of mykad. Aku ni kekadang skeptical jugak nak leave my MyKad ni... mana la tahu kot ada org jahat yang guna identity kita kan. Korang takkan tak pernah dengar pasal penipuan guna nama kita utk various transactions ni.. tak pasal jer nanti...

Mmm.. penat dah makcik membebel... dah ler... nak buat keje

Signing off,
Makcik Kantin yang dah boleh memandu secara halal di atas jalan raya.... yeeehaa!!!

No comments: