Pages

Thursday, February 21, 2013

Dah Khamis?

Sedar-sedar dah hari Khamis 21 Februari 2013. Masa berlalu begitu pantas. Adakalanya memang aku cukup suka masa ni cepat berlalu supaya cepat sikit hajat aku tercapai. Tapi bila mengenangkan ada banyak urusan yang belum selesai, risau campur gelabah biawak la plak. Aku nekad, this coming 2 - 3 weeks ni aku nak cuba settlekan apa yang patut. Tak mau tunggu last minute sangat. Tinggal 57 hari ajer ni. Owh tidak.... Makcik Kantin plak dok berangan nak buat macam-macam. Makin dekat tarikh makin banyak plak idea yang datang. Ok makcik... list kamu tu mana? Bawak keluar la dari S Planner tu.... haha

Hari ni aku sampai ofis agak lewat sikit dari biasa tp still before 8 am. Terserempak lagi dengan a few of my colleagues yang bertanya kabar pasal aku. Iyer laa.. lama depa tak nampak aku kan.. terima kasih la pada yang sudi bertanya kabar dan yang mengatakan aku slim sikit dari dulu.. (padahal aku tembam mcm biasa ajer... )

Semalam, ex-colleague Pakcik Tukang Kebun semasa di Freescale telah meninggal dunia akibat accident dilanggar lari. Arwah naik motor dan dilanggar oleh dua kenderaan (dengarnya la) di kawasan berhampiran Citta Mall sewaktu arwah nak pergi kerja. Walau pun aku tak kenal Arwah, tapi aku turut diselubungi kesedihan mengenangkan pemergian seseorang dalam keadaan yang begitu mengejutkan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan tempatkan Arwah dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah untuk Arwah.

Dan baru-baru ni, dapat tahu kawan my sister masa kat Perlis dulu ada brain tumor. Masha Allah... didoakan supaya Kak Intan Marzita dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini. 




No comments: