Pages

Wednesday, February 13, 2013

Back to work

Selamat pagi... 

Hari ni aku kembali bekerja selepas 4 hari bercuti. Keluar agak awal dan disebabkan jalan pun agak lengang, maka pukul 7.35 aku dah sampai opis. Dalam 7.40 tu dah siap thumb print. Mungkin juga banyak sekolah di Selangor ni masih bercuti, itu sebab tak sibuk. Dan most of the chinese pun belum masuk kerja lagi. Mungkin ada juga yang bercuti sampai ke Chap Goh Meh nanti... Walau apa pun, aku rasa cukup tenang pagi ni. Sempat lagi sediakan bekal untuk diri sendiri. Kalau dah berdua nanti, mungkin aku akan sediakan bekal utk pakcik tukang kebun jugak. Itupun kalau dia rajin nak bawak la. :)

Aku expect hari ni akan jadi a bit slow. Kami pun sedang cuti (all programs). So staff pun ramai yang tak ada. Aku malas nak ambik cuti. Isnin depan Insya Allah aku off sebab nak gi doctor's appointment at Putrajaya plus my physio. Nak ambil time-off leceh sebab by the time aku sudah kat hospital, mesti dah tengahari. So might as well, I just take a day off.

Plan aku hari ni, nak start on the ACC206 notes. Aku tak pernah ngajar code ni walaupun aku pernah jadi resource person for this code for two years. Tapi materials yg aku prepare for i-Learn masih ada. So, leveraging on that, aku nak sediakan notes yang lebih baik. Begitu juga dengan ACC 394, published accounts. Before this aku ngajar utk PLK for this code so notes dia sedikit berbeza. Kali ni, nak improve lagi.

Dah 8.12. So I better start my work. Breakfast pun dah sudah.. so sebelum mata aku ni terkatup, baik aku cerah cerahkan dengan membuat notes yang top notch qualitynya.. hehe.. perasan!!

Signing off
Makcik Kantin yang kekenyangan makan breakfast :)


2 comments:

Unknown said...

Good luck and have a productive day ahead

Cik Nina said...

Thank you. Wishing you the same too :)