Pages

Friday, February 8, 2013

Rainy Friday Morning

Hujan.... dah beberapa hari ni kerap hujan di sekitar Lembah Kelang, termasuk la Puchong and Shah Alam. Pagi ni pun hujan lagi. Entah macam mana aku boleh terlambat hari ni. Nak kata bangun lewat, tak jugak tapi mungkin sebab hari ni hari Jumaat. Segala benda buat lembab ajer... just like the weather I guess. Cari tudung tak jumpa utk match kan dengan baju cotton aku.. last-last aku pakai baju lain... benci tul kalau benda macam tu jadi. Keluar rumah around 7.05. Ding dong ding dong, around 7.15 gak la baru gerak. Mau nya tak lambat sampai Shah Alam. Aku sampai dah around 8.05. Pada yang selalu ambil tol Ebor kat batu tiga tu sure tahu jammed nye macam mana. Kena la park kat multilevel complex. Tapi Alhamdulillah, aku sampai ke ofis dengan selamatnya.

Anyway, cerita yang aku nak tulis pagi ni bukan pasal diri aku tapi mengenai seorang teman yang aku kenal sejak aku mula bekerja di tempat aku ni. Gender: Male. Aku baik dengan dia sebab kami dulu kena develop this one case study utk diploma course. And lepas tu kami berdua la jugak kena mengajar code yang sama. He is married with 5 kids. Sorry yer korang, kalau korang rasa kami berdua ada apa-apa. Tak ada apa just being two good friends. Masih aku ingat, masa lepas arwah mak meninggal, aku banyak cerita pada dia pasal kesedihan aku dan betapa aku kehilangannya. And ada a few things yang aku share dengan dia. Tapi sharing was all I did. Bila aku full time teaching professional courses, kami dah jarang jumpa except for our epjj classes. 

Tapi yang paling mengejutkan aku, aku dapat tahu dia berkahwin seorang lagi. Kerana setahu aku dia adalah a good father figure. Walaupun dia ni workaholic, tapi aku tahu dia cukup senang dengan anak-anak. Especially bila anak bongsu dia lahir. Jadi, perkahwinan kedua ni cukup mengejutkan. Dan dari apa yang aku tahu, dia berkahwin senyap-senyap tanpa pengetahuan isteri pertama. Tapi pihak isteri pertama telah dapat tahu.

Sebagai seorang kawan yang cukup kenal dengan karakter dia, aku memang terkejut. Walaupun dulu-dulu dia ada bergurau katanya nak kawin dua. Memang tak salah nak kawin dua or even sampai 4, tapi mampukah dia untuk membahagikan kasih sayang serta bersikap adil pada kedua-duanya? Apa pula perasaan anak-anak?

Kalaulah engkau membaca post ini sahabatku (kalau kau baca, mesti kau tahu aku tulis ni pasal engkau kan.. ), aku doakan engkau bahagia dengan perkahwinan ini. Sesungguhnya ianya tidak menyalahi aturan agama kita. Aku harap engkau dah fikir sehabis baik sebelum membuat keputusan dan jangan mensia-siakan sesiapa. Pasti ada pihak yang terluka tetapi engkau sendiri perlu menjernihkan segala kekeruhan ini. Good luck my friend.. with your study as well as your private life.

Signing off,
Makcik Kantin